Latar Belakang Syarikat

ANRAMIN INDUSTRY (M) SDN BHD telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2007 dan merupakan 100% bumiputera perniagaan (ISLAM) sepenuhnya yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beroperasi di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Taiping dan Usahawan PPK Batu Kurau.

ANRAMIN merupakan pengusaha produk minuman pracampuran berasaskan herba dan nutrisiĀ . Syarikat ini menghasilkan sembilan jenis produk berasaskan minuman yang dicipta dengan menggunakan resepi dan ramuan sendiri oleh pengasas syarikat yang fokus dalam menghasilkan produk yang berkualitas dan bermutu tinggi. Di ANRAMIN, kami berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mampu bertanding di peringkat antarabangsa.

Antara produk-produk yang dihasilkan oleh ANRAMIN adalah:

  • Kopi Tongkat Ali Jaga Extra
  • Kopi Kacip Fatimah Dengan Guarana
  • Kopi Susu Kambing
  • Susu Kambing Kurma
  • Susu Kambing Teh Tarik Halia
  • Coklat NASH
  • Roselle Plus collogen
  • Lemon Tea Pudina
  • Oat Minda