OEM DAN MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA DENGAN JENAMA SENDIRI
ANRAMIN memiliki kepakaran membantu individu yang bersedia untuk mencipta jenama produk mereka sendiri dengan perkhidmatan OEM. Proses untuk menghasilkan satu jenama sendiri menggunakan modal yang sangat tinggi dan mungkin sukar untuk memulakannya.
Kami akan menghasilkan produk yang menepati kehendak dan keperluan anda. Anda tidak perlu bajet yang besar untuk memulakan produk jenama OEM anda sendiri dengan kami. Kuantiti Minimum Order kami (MOQ) adalah selaras dengan keperluan anda atau tahap keselesaan supaya anda boleh mula jenama anda sendiri walaupun dengan MOQ yang rendah. Kami memahami kepuasan memiliki jenama produk anda sendiri dan kami mahu membantu anda mencapai matlamat anda.
Jika anda ingin maklumat lanjut untuk menghasilkan produk jenama anda sendiri melalui proses pembuatan kami, anda dialu-alukan untuk melawat kilang kami di Perak, Malaysia atau hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.